Bot penambang terdapat di tebing
sungai Perak kerana tidak ada jambatan melintasi
Sungai Perak yang lebar. Ada beberapa lokasi di mana bot penampang dijalankan. Suatu ketika dahulu bot penambang terdapat di
Pasir Salak ,
Kampung Gajah ,
Teluk Intan dan
Kuala Kangsar.Tambangya murah iaitu 30 sen sahaja untuk satu hala. Biasanya motosikal , basikal dan barang-barang boleh diletakkan di dalam bot penambang. Pelajar sekolah menengah akan menaiki bot penambang untuk ke
Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja Lela yang terletak di
Kampung Gajah.Setelah adanya jambatan dbina pada tahun 1987 merentasi
Sungai Perak antara
Kampung Gajah dan
Pasir Salak , pengusaha bot penambang tidak dapat cari makan, terpaksa mencari pekerjaan lain. Antara pengusaha bot penambang yang terlibat ialah di Kampung
Pasir Salak,
Selat Pulau,
Bandar Tua ,
Kampung Air Mati dan
Kampung Pebayan.Di
Kuala Kangsar , bot penambang juga tidak beroperasi lagi kerana tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Walaupun tambangnya semurah kuih 30 sen, perkhidmatan ini telah ditamatkan.Tambahan pula bot dah bocor dan tidak lagi menguntungkan dan tidak mampu menampung kos perkhidmatan yang semakin meningkat.Kini bot penampang diganti dengan dua bot yang membawa pengunjung belayar selama 30 minit menyusuri
Sungai Perak setiap hujung minggu di tebing
Kuala Kangsar.Bermula dari Jeti Bot Penambang, penumpang dibawa belayar menuju ke
Jambatan Sultan Abdul Jalil, kemudian berpatah balik sehingga sampai ke
Jeti Padang Kawad berhampiran
Istana Iskandariah.Perkhidmatan menyusuri
Sungai Perak bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang, dengan kapasiti 15 penumpang dewasa dan setiap bot dilengkapi jaket keselamatan.Tiba di Jeti Padang Kawad, pengunjung boleh mengelilingi bandar diraja ini menaiki bas persiaran melalui pakej ‘Chandan Trail’ bermula di
Istana Iskandariah,
Muzium Diraja Kuala Kangsar dan
Galeri Sultan Azlan di
Bukit Chandan.